hidup ini indah

hiasilah kehidupan dengan keriangan serta kasih sayang namun selimutlah dengan keimanan

kawan

once kau dah jadi kawan aku, aku sayang kau.
tak kisahlah la perangai kau macam mana.
tapi,

tak semua orang yang aku kenal tu kawan aku.
tak semua classmate aku tu kawan aku.
so, kalau kau kawan aku, aku sedaya upaya jaga hati kau.
mungkin dulu-dulu aku tak matang.
tak fikir pasal perasaan orang lain.

tapi sekarang, aku dah fikir semua tu.

so, tak kisah la kalau kau tak nak jaga hati aku,
tapi aku tetap akan jaga hati kau.

tak kisahlah kalau kau tak care pasal aku,
tapi aku tetap akan care kat kau.

tak kisahlah kalau kau ada probs,
tapi taknak share dgn aku,
walhal aku tengok muka kau pon aku dah boleh tahu,
kau ada masalah.

sebab aku bukan jenis paksa-paksa,
kau nak cerita, aku sedia dengar.
kau taknak cerita, suka hati la kan.
sebab aku tahu, last-last nanti kau mesti akan share dgn aku jugak.

serius, makin lama hidup di samping rakan-rakan,
aku makin menghargai nilai persahabatan tu.

tanpa kawan, tak ceria la hidup aku.
tanpa kawan, sape nak belajar dgn aku?
sape nak tengok muvi dengan aku?
sape nak tegur aku tyme aku lalai?
sape nak bersuka ria dengan aku?

tak kisahla pape,
as long as kau kawan aku,
aku akan berusaha untuk menghargai dan menggembirakan kau!
kalau ada silap kata salah bahasa,
MAAF okayh? :)

ngeeee...........
pelik tak? pelik tak?
tiba-tiba membebel pasal kawan.

eh, sekarang aku kat rumah.
last paper exam nextweek hari selasa, hari isnin baru aku balik uia.
balik uia semata-mata exam. memang kena stady kat umah la kan,
harap-harap berjaye :PP

hah!! post kali ni nak letak gambar raye,

biar la apa orang nak kata,
yang penting nak gak letak.

bak kata pepatah, "BETTER LATE THAN NAVER" kan~

raya aku tahun ni banyak siri.

sangat best sbb aku dapat raya dengan semua orang.

means, aku raya dgn kawan sekolah rendah, menengah, n uia.

tapi tak dapat raya dgn kawan skolah mersing. ishk. sedeyh! +_+



ni kawan time SMKA Pahang.

Form 1-3 bersama.

padahal tak sekelas pon, tapi kami rapat.

patutnya ramai geng kami, tapi ni je yang cuti raya lama :)

kepada yang tiada, sila jangan jeles. :P



eh, ni ira. nama sebenar, khairul sajaratul syairah.

aku tertarik dengan tudung dia. comel kan?






ni pulak, kawan-kawan sekolah rendah.

dah lama gila kot tak jumpa :)

ada la 6-7 tahun.

dulu-dulu main guli sama-sama.

tudung senget benget sama-sama.

bak kata orang tuh,
dulu-dulu tengok tak selera je,
tapi sekarang dah anak dara (>_<)

see, mula la nak menyesal tak ngorat awal2 :PP




anak sepupu ku~
budak kecik ni sangat amat sungguh tak gedik.
susah nak dengar dia nangis.
macho je kawan dgn semurang.
tak takut orang langsung.
n da most important, dia nak main2 dgn aku.
kalau jatuh pon, lek je bangun balik.
bebudak macam ni la i like~ :P












ahha...baru sekarang baru boleh upload gambar raya.
dapat bayangkan tak betapa busy nya aku?!
series, sangat busy.

ni pon, baru habis exam 6paper dalam masa 5 hari berderet.
takde selang hari langsong.
then, terus pergi enjoy semalam.
tengok PHOBIA 2 kat tyme square.
shengal la cite tuh.
die cite hantu senanye, tapi aku bantai gelak sambil guling2. hahha

padahal, aku ada lagi satu paper eh.
jangan dilupakan. :P

emm, bila tah, haritu balik rumah gi tgk cite kartun.
tajuk die ape tah, tapi belakang die ade perkataan MEAT BALLS.
cerita pasal saintis yang buat alat dapat turunkan makanan dari langit.

best gila kot, rasa nak makan, taip codes, then boleh nganga mulut kat luar rumah.
ngee~ (>_<)




alah, adik-beradik tak cukup 5!
ajik tak ikut. ngada je :P

korang dah gemuk tak?
aku dah makin gemuk weyh!!!!
duduk uia nih la memang menggumukkan!!
senang hati kot~
asyik makan pastu tido~ :P

tetiba haritu rasa nak naik basikal.
puas la aku call semurang yang ada basikal.
mostly basikal mereka takde angin.
huh. mengahampakan. sebab aku dah lama tak pam tayar basikal.
tah reti tah tak.


ni la basikal aku try untuk pam.
tapi tak berjaya :(

pastuh, dah penat berusaha, pergi makan dulu la :)

makan kat gombak station dengan syakila n fazlinda






tyme makan tuh aku dah cakap-cakap pasal basikal

dengan harapan, antara mereka berdua ada la yg nak tolong pam kan :)

nak mintak tolong direct, segan je rasa :P

tiba-tiba linda keluarkan ayat, "jom la lepas ni aku tolong pamkan"

weeeeeeee~~~ :)))))))




lepas pam, terus main..hahha

jakun la naik basikal.

dah lama tak naik.

pagi besoknya, pukul 7 pagi dah stanby.

tapi berdua je dengan syak

best3! :)






oh, dah penat la menaip.

next month lak eh :P

before tu, nak expose gambar2 raya kat uia.

hari sabtu pergi raya sampai PD :)

then hari ahad,
gi umah cikgu harun kat seremban,
gi rumah paklong kat jelebu kot,
n lastly makan nasi dagang kat umah fiqi

sangat la makan banyak :P



adik fiqi ada 7 org :)
semua ada lesung pipit kot :)
ni je da only boy.







umah paklong ada sungai siap :P



macho la cerak, bawak 4 perempuan cantik~ :P






semangat konvoi gi umah cikgu bm kesayangan kite :P
harap-harap sume dapat A utk BM
agagaga



shafa gediks :P


aku lagi tinggi la drp fiqi :P
tengok kasut la beb~






raye rumah ika kat nilai.
tido siap, kunon penat haha




bertiga beraya sakan.
sampai ke malam, tah pukul berapa :P





yela syak, ko mmg terer isi minyak.

aku boleh nampak bakat ko.



PSSSSSSSTTTTTT....


haritu uia baru je konvo,

tibe2 satu malam tuh,

ada org hantar bunga nih,

padahal aku tak konvo pon

haih3


tapi, aku memang gembira

dah lama nak bunga nih

nak beli sendiri, sayang duit

nasib baik ada orang sudi nak bagi :))))))

ehem, kepada BFF, sila bergosip :PP

sape ek yg bagi??~~
(sambil wat muka annoy)

okayh la,

sila wish SELAMAT BERCUTI kepada saye ye!! :P

cuti tak sampai sebulan pon~~



last but not least,
aku nak tgk sape bdk uia 1st yg dtg beraye umah aku.
tah raye taun bile ek.

:))

niat dah ade

saye berniat untuk update blog. tapi sabar ye. dalam proses. satu post memakan mase sebulan. gagaga. watever it is, saye sehat. (ade ke org tanye aku sehat ke tak? :P) tapi, saye geram btol la dengan jadual final exam cam sengal je. ade ke patot 6-10 hb november stret ade 5 paper. tu tak kesah lagi. tup2, sesat lak lagi satu paper 17hb. org len bleh balik 11hb taw, tapi saye 17hb. sengal kan? :P sbb kawan2 saye tak amik subjek 17hb tuh! so, sape yg sengal skrg? saye ke yang sengal amik subjek yg org tak amik?

oh, satu entry yg amat panjang akan menyusul. hee~ :))

lalalalalalalala~

Assalamualaikum semua!! :)

hye3. susah la nak update selalu sekarang ni. tak tau la kenapa. kalau kat uia tuh memang busy memanjang la kan. nak on laptop pon malas. kalau ada apa2 yg penting cam nak tgk notes ke solution ke baru on laptop. lagipon kat uia tu wireless la, kene share ramai2 kan, pastuh mula la dia nak putus2. tak best lansung. lagipun, aku memang bukan penyabar orangnya kalau berhadapan dengan internet2 yang berkelajuan tak berapa nak laju. rela kot tak online. ngahaha. tats why la, sekarang ni saya mengisytiharkan bahawasanya saya akan meng update blog sebulan sekali. yeah ~~ . insyaAllah, kalau tiada aral melintang, sebulan sekali lah akan keluar post baru. wee~ tapi kalau terlebih tuh harap di maafkan. :))

oh, kali ni, nak bercerita lah pasal kehidupan seharian. dah lama dah tak cakap pasal apa yang berlaku dalam hidup. kan? ohoho~ n dah upload jugak gambar2. banyak gambar2 ni belas ihsan dari bebudak poyos kat fb. dan yang selebihnya belas ihsan shafareezwa. mengapakah? kamera aku takleh on lah ! tak tahu lah kenapa dia wat perangai. layankan aje. malas nak pikir. hahha

eh, aku dah cuti seminggu taw. UIA je kot yg cuti seminggu b4 raya. perasaan? oh,semestinya happy lah! dan rakan-rakan UIA aku semua berkobar-kobar buat kuih raya. tak sia-sia UIA bagi cuti awal kan? macam-macam lah mereka ni. ada tu 1st time wat kuih, siap beli penimbang baru, tapi kuih tak jadi pon. (jgn risau geng, i tak dedahkan identiti u,ok? :PP) jadi tak jadi, belakang kira la kan? yang penting, nampak effort di situ. dah nampak dah masing2 cenderung kepada kerja-kerja di dapur. :) aku? haha. aku seminggu nih berpoya-poya di terengganu. menetap seminggu di kerteh, rumah kakanda. setiap hari berbuka di luar dan semestinya free. wee~ sebenarnya ofis kakanda dapat jemputan makan di hotel dan golf resort. mestilah aku nak menyebuk! pedulik kan apa org nak kata, yang penting perut kenyang. kan? :P

sepanjang setengah sem dah berlalu, semestinya busy mcm nak gila kan? semurang busy, so, takde apa yang nak pelik pon. biasalah assignment, projek, quiz, test, exam. kalau takde mereka, bukan student lah namanya kan? tapi kan, hari tu mid sem exam, 4 paper dalam 2 hari. dah la time weekend. tak tahu nak kata apa. sampai tahap yang dah malas nak pikir pape. just ikut je flow. baca je la text book, tgk2 past year then jawab lah yang terbaik. part menghentam memang power lah. tak tahu apa2 pon, tengok2 answer sheets penuh je ! ahaks.. :P

tak kisah lah busy ke apa ke....

TAPI,

kami tetap enjoooooyyyyyy....

kami suka makan luarrrrr.....
(dah lama tak jejak cafe :P)

tak larat la nak upload sume gambar melepak kat luar. :P
banyak sgt. sikit je la eh. :))


lokasi : sekitar wangsa maju

ada feeling2 tepi pantai tak nih?
haha. jangan terpedaya.
gombak mana ada pantai lah :PP




lokasi : taman melati

burger banjir !!!!
series burger dia amat sangat sedap.
dah banyak kali kot makan cni.
dah lah 5 minit je dari UIA.








lokasi : kampung baru

makan beramai2.
seronok3. biasa pergi satu kereta.
tapi kali ni pergi 2 kereta.
memang besh. melepak tak ingat dunia! :P




lokasi : dalam UIA je
jemputan : 20 org kot. lupa nak kira :P

sempena sambut besday elly, syak, aliaa
takde gambar orang eh.
semua tak pakai tudung.
takleh tunjuk. ngeh.



lokasi : bilik linda

sambut besday nad
best ah pizza. haish3. pose3. :PP


dan seterusnya adalah sesi meng expose gambar2 ketika berada mahupun sudah habis kelas. ngahaha. memang dah takde keje lain la kan. sikit2 amik gambar. cikgu masuk lambat sikit snap gambar. thehehe :))



haish.
parut jerawat menyemak ! :P





kami adalah kelas mate.
tapi clasmate tak sejati la.
setakat same satu dua kelas je. :(


TETAPI !



ini clasmet sejati !!
semua kelas same.
bak kata orang,
di mana ada zana, di situ ada shafa.
macam kembar lekat kat kepala~ :PP

oh, siapa2 yang berminat, sila hubungi saye,
btw, dia buat kuih raya SEDAP!!!! :PP


aiks? apesal gambar linda sesat ni?
menyemak btol lah.
oh, linda ni kakak mekanik aku taw!
tanpa dia, tak sihatla moto aku :P





dan juga, last sekali sekadar gambar hiasan ye. khas untuk rakan-rakan di perantauan yang merindui aku. bukan aku yang rindu mereka. mereka yang rindu aku. ngee. :P tapi, dierang nih sume sebok gak nak raya kat malaysia.

TAK RASE STADY OVERSEA LA KALAU ASAL RAYE JE BALIK MSIE ! :P

dah2, pasni korang takyah balik, then make sure masuk salam perantauan kat berita harian tuh n jangan lupe mention name aku ! :PP








tak lupe juge,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

raye weh..raye !!!! XD




MINTA MAAF SEMUA
(>_<)



ps : nampak tak usaha aku nak eja baku? :P

dah lama tak update :)

assalamualaikum..
sehat sume? hee~
dah lame tak ber update blog ni..
takyah tanye la knape, takde jawapan~ :PP

ermm..ermm..
nak ckp byk3, bout everything yg went through selame nih~
especially mende yg memberi impak yg besar dlm hidup..

jap2, korang pnah dngar cite pasal budak UIA mati lemas tak?
last week kot,tak sure sgt~
kalo tak pnah, then klik sini

knape kematian arwah memberi kesan dlm hidup aku?

SEBAB!

  • 1) beliau adalah classmet aku tyme 1st sem 1st year kat pj
  • 2)beliau adalah groupmet aku kat Engineering Taaruf Day last MONTH ! (ada pic aku ckp psl camping kat post sebelum ni )

ya Allah ya Tuhanku, hanya Allah je yg tau perasaan aku time
aku baca msg 4wd yg bgtau srh sedekah al-fatihah untuk allahyarham~

ye, aku taklah rapat ngn die,
aku bkn BFF ngn die,
aku takde pon num die, nak msg2 wish raye ke ape..

tapi, aku still terkejut + tergamam !

aku terus terfikir,
last year, aku jadi fesi untuk induction GCC,
then, lebih kurang sebulan lepas tu jugak,
sorang ahli group aku meninggal...

haih2, sedar tak sedar, Allah dah remind aku terang tang2..
apa lagi yang aku nak?

tak sedar diri lagi ke cik syazana?

hari tu, borak2 ngn farah ngn ji'ah,
cakap pasal mati...

mati ni boleh bila2 je..
kalau dah sampai ajal,
tup2, dah meninggal...

persoalan nya, kita ni..
dah bersedia ke nak jawab segala mende dgn Allah?
dah langsai ke hutang2 kite?
hutang dgn Allah,
hutang dgn manusia...

dah siap2 ke bekalan2 yg cukop utk menghadap Allah?
sudah ke?

solat sempurna ke?
aurat sempurna ke?
hubungan dgn ibu bapa sempurna ke?
banyak la mende lagi,,sume sempurna ke?

mmg la kite ni manusia, tak kan pernah suci dr dosa,
tapi at least usaha kita taknak wat dose tuh usaha tahap max ke?

tepuk dada, tanya IMAN !
kalau sape2 yg dgn konfiden boleh jawab,

"SUME BERES, TAKDE PE YG TAK SEMPURNA !"

congrats laa.. :P

tats y la, ade org ckp,
kita kene hidup hari ni mcm nak mati besok

tp,
sape sangka, last month baru je bersuka ria dgn dia kat kem,
tup2, skarang dah takde..

skarng la baru terkapai2, terpikir,
aku ade ke wat salah ngn dia?
dah tak sempat nak mintak maaf..... :(

so, moral nya, jgn igt kita ni muda remaja lagi,
tak leh meninggal skrg..
mentang2 baru 20 tahun, igt takleh meninggal ke?
untuk diri sendiri terutamanye,
jgn ckp je lebih, action tuh mesti lebih ! :))

owh,
psal kehidupan harian, mmg super duper busy~
tido dah tak menentu, cukop tak cukop blakang kire~
hanya kami2 yg mengalami je paham..

tapi,
still sempat kan diri untuk berpoya2 la kan~
release tensen bak kate orang~ :PP

semoga ke BUSY an ini tak jauhkan hubungan kite dgn Allah ~
nauzubillah~

yg penting skrang dah makin immune dgn quiz sepanjang masa~
tak boleh lupa kerja BM mcm tesis org wat master~
asgmen2 tuh biasa la kan,
kalo tak banyak, tak nampak cool la plak~ :PP

apa yg utama,
di bulan ramadhan ni,
marilah berlumba2 beribadah !
sape nak lumba ngn aku?
jom3 ~ :PP



wif luv,
take care !
(tak tau zaman bila plak aku nak update :P)

Hai, awak di sana!

Selamat Datang~
Terima Kasih datang sini.
Singgah la lagi!
Buat macam blog sendiri! :P
Jangan malu-malu ya! :)

Waktu Tempatan

Penulis Anggun

Penulis Anggun
Nur Syazana Binti Muhamad Nasrah Engineering,IIUM saya.tak.baik.saya.tak.jahat saya.tak.cantik.saya.tak.hodoh saya.tak.tinggi.saya.tak.rendah saya.tak.pandai.saya.tak.bodoh tapi.saya.ayu.dan.pemalu apa.boleh.buat.jangan.tidak.percaya! (>_<)

Hidup Ini

My Photo
sYazAnAsRaH
"ingatlah Allah, sesungguhnya hati akan tenang.":D
View my complete profile

Ya Allah, Ya Tuhanku

I asked for strength,
And Allah gave me difficulties to make me strong.
I asked for wisdom,
And Allah gave me problems to solve.
I asked for courage,
And Allah gave me obstacles to overcome.
I asked for L.O.V.E,
And Allah gave me troubled people to help.
I asked for favours,
And Allah gave me opportunities.
Maybe I received nothing I wanted.
But I received ALMOST everything I needed.


Life is a TEST
Islam is the best.
Solah is a MUST
Akhirat (Day HereAfter) is for rest.
World is only DUST,
If Quran is in chest.
Obey Allah, the only GOD first,
SUCCESS will be NEXT ....

Jangan Gosip

Komen Bernas

Pengikut Sejati

Oh, datang ye :))